Where Are You Know ??



Kawan-Kawan Saya

Wednesday 12 October 2011

Keturunan Iblis

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah, iblis berkembang biak menghasilkan lima jenis keturunan, iaitu :

TSABAR
Kerjanya menimbulkan keluh kesah ke dalam hati orang yang ditimpa masalah dan musibah sehingga orang itu tergamak menyalahkan Allah.

DASIM
Kerjanya menimbulkan rasa cemburu yang melampau ke dalam hati suami isteri sehingga bercerai berai.

AL-A'WAR
Kerjanya menghasut manusia supaya berzina. Misalnya, mendorong wanita berpakaian seksi dan mendorong pemuda dan gadis-gadis berdua-duaan sehingga timbul keinginan antara keda-duanya melakukan zina.

MISWATH
Kerjanya membisikkan cerita bohong dan meniup rasa buruk sangka ke dalam hati manusia. Miswath juga menghasut manusia supaya menyebarkan fitnah.

ZAKNABUR
Kerjanya menyuntik rasa seronak ke dalam hati manusia di pasar dan pusat beli belah. Kesannya, ramai orang suka menghabiskan masa yang lama di sana, malah sebahagiannya pergi ke sana tanpa sebarang tujuan.

****

Daripada Abu Said, Nabi Muhammad SAW berkata yang bermaksud : "Iblis berkata : 'Wahai Tuhanku, demi kemuliaanmu, aku akan terus menggoda anak cucu Adam selama roh mereka masih berada di tubuh mereka.'
Allah menjawab : 'Demi kemuliaanku dan keagunganku, aku tetap memberi keampunan kepada mereka selama meeka memohon ampunan kepadaku."
(Hadis direkodkan oleh Ahmad)


4 comments:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

:)

thanks 4 d share..:)

el leeya said...

sama-sama... semoga bermanfaat :-)

hamzah ian said...

terima kasih berkongsi

el leeya said...

sama-sama... untuk perkongsian bersama :-)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Klik Bom Tue


Geng Budak Baek

Basa-Basi Komentar


SHout