Where Are You Know ??


Kawan-Kawan Saya

Sunday, 16 October 2011

Buat Pemilik Hatiku Setelah Allah

Tolong beritahu si dia, aku ada pesan buatnya...
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNYA...
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa...
Tolong nasihati si dia, jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa...
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya.

****

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya...
Tolong katakan pada si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya.

****

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia mula tenggelam dalam angan-angannya...
Tolong tegur si dia, bila nafsu mula mengawal fikirannya...
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa...
Tolong sedarkan dia, aku masih milik keluarga...
Tolong sedarkan dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.

****

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana...
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya...
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaganya.

****

Tolong sampaikan pada si dia, aku dambakan cinta suci yang terjaga...
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa...
Tolong sampaikan padanya kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya Engkau Ya ALLAH mengetahui siapakah si dia...
Moga pesanku sampai padanya walau aku sendiri tidak tahu siapa dia dan di manakah dia...




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Klik Bom Tue


Geng Budak Baek

Basa-Basi Komentar


SHout