Where Are You Know ??



Kawan-Kawan Saya

Saturday 28 April 2012

Peringatan Nabi SAW

~Peringatan Nabi Muhammad SAW tentang layanan kubur selepas jenazah dikebumikan~

Daripada Abu Sa'id, katanya : Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW masuk ke tempat sembahyangnya. Lalu, dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa. Baginda SAW pun menegur mereka dengan bersabda : "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini. Maka, hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitu maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya : Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat."

Maka, apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya : Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau-kepadaku-sekasih-kasih orang yang berjalan di atasku. Oleh itu, apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepdaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu. Kubur itu pun menjadi lapang selapangnya baginya seluas mata memandang serta dibukakan kepadanya sebuah pintu ke syurga (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan berasa senang hati dari segala yang dilihatnya di dalam syurga itu). 

Dan sebaliknya yang berlaku apabila orang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya : Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan, ketahuilah sebenarnya engkau-kepadaku-adalah sebenci-benci orang yang berjalan di atasku. oleh itu, apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku hari ini, maka engkau akan melihat apa yang akan buat kepadamu. Nabi SAW bersabda lagi : Kubur itu pun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya.

Kata rawi hadis ini : Nabi SAW (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda SAW) memasukkan jari-jari sebelah tangannya di celah jari-jari yang sebelah lagi. Kemudian Baginda SAW bersabda lagi : "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi, nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud. Kemudian ular-ular itu akan mematuknya dan melukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)."

Kata rawi hadis ini : Nabi SAW bersabda lagi : "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman syurga atau sebuah gaung-gaung neraka." 
(Hadis riwayat Abu Sa'id)



Tuesday 17 April 2012

Anda Berminat ???!!!!

Jom kawan-kawan kita join aktiviti nie.. 
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen & Puisi- Berita Harian.. 
(klik di sini)
 Hadiah menarik menunggu para peserta !!!! 
Jangan lepaskan peluang keemasan ini..hohoho !!!!


Nih syarat-syarat penyertaan :

  • Sayembara ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur bawah 45 tahun (yang lahir pada tahun 1966 dan seterusnya).
  • Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.
  • Peserta dibenarkan untuk menghantar penyertaan lebih daripada satu karya. Namun peserta hanya layak memenangi satu hadiah bagi setiap kategori yang disertai.
  • Karya mestilah belum pernah disiarkan dalam mana-mana bentuk penerbitan.
  • Peserta perlu memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun di laman sesawang ITBM, iaitu di sini.
  • Karya perlu ditaip kemas, langkau dua baris dengan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12 poin di kertas A4.
  • Kepanjangan karya sayembara:
  • Novel: tiada had halaman.
  • Cerpen: sekurang-kurangnya 10 karya (bukan 10 halaman).
  • Puisi: sekurang-kurangnya 30 karya (bukan 30 halaman).
  • Manuskrip yang telah diterima untuk sayembara tidak akan dipulangkan kepada penulis.
  • Karya tersebut juga tidak dibenarkan untuk diterbitkan di mana-mana penerbitan atau menyertai pertandingan lain sehingga pengumuman pemenang diadakan.        
  • Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan dan menterjemahkan karya yang menyertai sayembara ini. Namun jika penulis tidak dihubungi penganjur dalam tempoh masa tiga (3) bulan selepas pengumuman pemenang, penulis dibenarkan untuk menerbitkan karya terbabit dengan mana-mana penerbit.
  • Tarikh tutup penyertaan Sayembara Penulisan Novel pada 31 Januari 2013. Manakala tarikh tutup penyertaan Sayembara Penulisan Cerpen dan Puisi pada 31 Julai 2012. Semua penyertaan akan diberikan surat tanda terima.
  • Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad.
  • Sila e-melkan manuskrip dan borang penyertaan yang lengkap ke buku@itbm.com.my ataubuku@pena.com.my. Manuskrip tersebut boleh juga diposkan ke alamat berikut:


KATEGORI NOVEL
Hadiah Pertama : 1 x RM15,000
Hadiah Kedua   : 1 x RM12,000
Hadiah Ketiga   : 1 x RM9,000
Hadiah Sagu hati :7 x RM3,000
KATEGORI CERPEN
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua   : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga   : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000
KATEGORI PUISI
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Klik Bom Tue


Geng Budak Baek

Basa-Basi Komentar


SHout