Where Are You Know ??



Kawan-Kawan Saya

Wednesday 28 September 2011

Siapakah Saya ???


Baca dan fikirkan dimanakah anda. Saya rasa apa yang dikatakan ada kebenarannya. Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini. Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas


ANAK BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.



ANAK BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis



ANAK BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu


Sihat Dan Kuat













BuatMu Hawa...

Pakailah pakaian takwa..
Pasti anda akan menjadi wanita yang paling cantik biarpun pakaian zahir anda compang camping...
Jadikan rasa malu sebagai selendang, kerana dengan demikian saja anda adalah wanita yang paling angun di alam semesta, biarpun kaki tidak beralas...
Jauhilah daripada gaya hidup wanita kafir, ahli sihir dan pelacur dengan sebab mereka ini sebenarnya adalah bahan bakar neraka Jahanam...


Tuesday 27 September 2011

Mahu jadi cantik & hensem?

Cer kita sama-sama amalkan tips2 kat bawah nih :

Ketenangan ada dalam keimanan,
Kebahagiaan dan buah hati ada dalam solat,
Kesihatan hati ada dalam keredhaan,
Ketenteraman hati dan nurani ada dalam kepuasan,
Kecantikan wajah ada dalam senyuman,
Menjaga kehormatan ada dalam hijab,
Dan....
Kedamaian jiwa ada dalam zikir (mengingati Allah SWT)


Monday 26 September 2011

Muhasabah Diri 2


CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.



KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.




HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...



nak buat macam mana? Renungkan la....

Jom... Uji Minda...

Cer teka soklan-soklan cepu cemas kat bawah nih.... cer teka... cer teka...



1. Kuih apa paling gangster??
2. Kuih paling seksi ??
3. Kuih bajet cute ??
4. Kuih untuk awek muda ??
5. Kuih paling alim ??
6. Kuih dalam zoo??
7. Kuih apa pulak yang bangun sendiri ?
8. Kuih paling tenteram??
9. Kuih paling lembap???

The answers for da teka tekuk will be show on da next post...

Sunday 25 September 2011

Ditindih Hantu????


Sleep paralysis atau 'lumpuh waktu tidur' yang sementara, sleep paralysis ni selalu berlaku ketika hendak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tidur (hypnopompic paralysis)

Secara normal apabila manusia tidur, kita akan masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement ) ketika waktu nyenyak, bijik mata kita akan bergerak-gerak, di mana otak akan memberitahu supaya kita berehat secukupnya, 

Sistem otak kita mempunyai switch off button dipanggil Reticular Activating system ( RAS ), Ketika ini yang masih Automatic function adalah degupan jantung, pernafasan, pergerakan tubuh badan ketika tidur sahaja yang masih dalam keadaan switch on, apabila kita bangun, RAS tadi akan switched on balik, kita sedar fully awake state, tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak untuk switch on balik sistem badan kita, maka ketika itulah berlakunya apa yg di sebut sleep paralysis atau lumpuh seketika ketika tidur sebelum otak activate semula, mmg menakutkan tapi benar., sleep paralysis tidak semesti berlaku sepenuhnya, ada yang separa sedar, ada yang masih boleh menggerakkan ibu jari kaki ataupun tangan, ada juga yang boleh buka mata dan melihat sekeliling tetapi badan masih kaku.

Selalunya, sleep paralysis ini berhubung kait dengan hallucinations (halusinasi) samada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak benda yang aneh-aneh ) atau tactile (deria sentuhan, terasa seperti di tindih, hempap dan berasakan sesak nafas hingga ketika kita menjerit tiada siapa yang mendengar.



FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SITUASI KENA TINDIH SEMASA TIDUR:

1. Tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation,tak cukup tidur
4. stress yang byk seperti masalah keluarga, kewangan. kehilangan dan sebagainya.
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2, seperti biasa duduk dirumah tetapi melakukan aktiviti seperti mountain climbing, bungge jumping atau aktiviti lasak yg lain yg tidak pernah di lakukan sebelum ini.
6. orang yg mengalami penyakit narcolepsy atau
( gangguan tidur yang menyebabkan mengantuk yang berlebihan dan sering tidur di siang hari.)
7. tidur yang lewat hingga ke waktu antara 3 pagi ke atas.

Itu dari sudut sains dan kajian manusia cuma ada banyak Persoalannya juga, Antaranya :

A) Mengapa setiap kali kena tindih mesti muncul bayangan atau lembaga yang mengerikan, mengapa tidak wajah orang yang kita cinta seperti teman wanita ataupun ibu-bapa kita?
B) Mengapa mesti terdengar suara-suara yang menakutkan, mengapa tidak terdengar alunan muzik ataupun suara kicauan burung ataupun alam semulajadi seperti air terjun dan sebagainya?
C) Oleh yang demikian masih banyak misteri di atas muka bumi ini yang tidak dapat di selesaikan dengan kajian semata-mata.
D) Apakah ini cuma kebetulan atau pun memang ada gangguan dari Jin?




Sebagai org islam kita ada cara untuk mengatasinya, ambillah wuduk sebelum tidur dan baca Ayat-ayat suci Al-quran,insyaallah kita akan tidur dalam keadaan tenang dan bermimpi yang indah-indah

Setelah anda membaca beberapa ulasan mengenainya, anda fikirkan yang mana satukah yang benar ?
Terserah pada anda . . . . .

Saturday 24 September 2011

Masa Itu Kehidupan

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapkan kesabaran." 
[Al-Asr : 1-3]

Sahabat Nabi yg bernama Abu Zar pernah bertanya kepada Nabi berkaitan dengan isi-isi yg terdapat di dalam suhuf Nabi Ibrahim. Nabi menjawab, "Antara isi ialah bagi individu yg berakal waras fikirannya, hendaklah dia membahagikan masa kepada beberapa waktu :
1. Sesaat utk bermunajat kepada Tuhannya.
2. Sesaat utk bermuhasah dirinya.
3. Sesaat utk bertafakur ttg penciptaan Allah.
4. Sesaat utk mencari keperluan makan minumnya.

Seseorang yg berakal hendaklah jgn memberikan tumpuan melainkan kpd 3 perkara ini, iaitu :
1. Bekalan utk akhirat.
2. Bekalan utk kehidupan di dunia.
3. Bersuka-suka di dalam perkara yg tdk diharamkan.

Masa adalah kehidupan. Justeru, setiap malam tulislah apa yg hendak kita lakukan pada esok hari. Selepas itu, tentukan keutamaan-keutamaannya. Jgn rancang hdup kita ikot jemputan tp... rancanglah mengikut keutamaan.

Ingatlah kata-kata Nabi yg dinyatakan oleh Imam Tirmizi dan Ibnu Majah yg bermaksud : "Antara tanda kebaikan Islam seseorang ialah ia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya."

Dunia Akhir Zaman Part 1

Lawak Part 2

Mak : Nak.. mak dah tak larat lagi.. nak mintak hang tolong sambung usahakan kebun mak..
Anak : Jangan la cakap macam tue mak... [ dlm hati kembang setaman..tak sia2 balik kampung.. kan da dpt harta pusaka]
Mak : Segala isi dalam kebun tue, binatang ternakan, traktor, jentera, semua tue hang ambik laa.. tolong jaga baik-baik...
Anak : Baik mak.. [sambil mengangguk-angukkan kepalanya]
Mak : Satu lagi mak nak pesan, siram la kebun mak tue tiap2 hari nah... jgn lupa...
Anak : Mak tak payah la risau.. Cheq jaga kebun mak tue baik-baik.. Tapi mak, tang mana kebun mak.. Cheq tak pernah taw pon.. [sambil menggaru-garu kepalanya]
Mak : Kat FACEBOOK mak.. nanti mak bagi passwordnya..
Anak : =________= huhuhu

Buat Kaum Adam

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬● 
•.♥• WAHAI KAUM ADAM..Jika benar kau kasih & cintakan seorang HAWA itu•.♥
Bawalah dia ke jalan Allah•.♥•Nasihatilah dia•.♥•Perbetulkan kesilapannya•.♥
Jagalah dia dgn baik•.♥•Kasihanilah dia•.♥•Lindungilah dia•.♥
Berilah kasih syg padanya•.♥•Hargailah dia•.♥
Ucapkan terima kasih atas kelebihannya•.♥•Bersabar dengannya•.♥•
Terimalah & cintailah kekurangannya•.♥
Jd IMAM terbaik & redhalah padanya ♥♥♥♥
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●



Lawak Part 1

Girl : Awak merokok ??
Boy : Tak..
Girl :Minum ??
Boy : Mestilah tak...
Girl : Ada kereta ?
Boy : Hmm... cuma ada BMW, WOKLSWAGEN, SUBARU, HONDA ngan FERRARI jer...
Girl : [Uish... anak orang kaya rupanya}Rumah katne eh?
Boy : Bukit Antarabangsa..
Girl : Wah... Mesti mahal... kan3???
Boy : Tak laa.. Cuma RM950.00 jerr..
Girl : Dah pernah pergi haji ker ?
Boy : Ermm.. Umrah bru 3 kali.. haji 2 kali dah...
Girl : Wah....[Calon suami mithali nih] Kerja apa awak?
Boy : Pengarah syarikat jer...
Girl : [Kompem jadi boypren aku nih] Hobi awk apa eh?
Boy : Tipu orang... hahaha

Friday 23 September 2011

opppss!!!




Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :


UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000 
SPM : RM3,000-RM8,000 
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000 
DEGREE : RM12,000-RM15,000 
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000 
PHD : RM20,000-RM30,000  




huhuhu :) so korang yg stage mne 1????hehehe....


Thursday 22 September 2011

Muhasabah Diri 1

Sebelum kamu mengeluh tentang rasa makanmu , pikirkan tentang seseorang yang tiada apa pun untuk dimakan.






Kanak-kanak di Somalia yang kelaparan... tiada makanan untuk mengalas perut...

Kita beruntung kerana tinggal di bumi Malaysia yang sungguh kaya dengan makanan... Namun begitu, masih ada lagi insan-insan di luar sana yang kerap merungut dengan makanan...

Diri sendiri juga kadang-kadang tidak terkecuali... alpa seketika dengan nikmat yang terlalu melimpah ruah...

Tatkala jari terklik tentang isu kelaparan di Somalia... timbul satu rasa aneh dan kerdil sekali di dalam hati ini...
betapa kurang bersyukurnya aku pada Si Dia...

Kadang-kala makanan sudah pun di hadapan mata, tinggal untuk disuap ke mulut sahaja...
Tapi... mulut masih juga mencaci-caci makanan yang di depan mata...

"Huh.. tak sedap!!"


"Apa nih... sayur layu jer!!!"


"Ikan...?? Huh... loya tekak aku nak makan..!!"


Tentu kita pernah terdengar bukan kata-kata dan kritikan seperti di atas.. kadang-kadang tanpa kita sedari mulut kita sendiri juga tidak lepas dari menuturkan kata-kata sebegitu...

Ayuh... Marilah kita sama-sama muhasabah semula diri kita...
Marilah kita menjadi hamba Allah yang besyukur !!!




Saturday 17 September 2011

Selamat Hari Malaysia

Kepada semua rakyat Malaysia...
 Selamat Hari Malaysia...
Kelmarin 16 September....
merupakan Hari Kebangsaan Malaysia...
Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun ini telah disambut secara besar-besaran di Dataran Merdeka, KL...


Kini.. sudah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan... 
Semoga keamanan dan kemerdekaan yang sekian lama dikecapi ini akan terus berkekalan....



Thursday 15 September 2011

Cendawan Goreng Berkuah

Hari nie el na kongsi dgn korang cara-cara nak masak cendawan goreng berkuah.. Resepi nie simple but sedap... especially kalau dimakan time masih lagi panas-panas...

Resepi simple nie sesuai dimasak oleh semua lapisan umur kecuali bagi mereka-mereka yang belum lagi cukup umur... hehehe

Bahan-bahan :
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 ulas bawang besar (nak guna pun boleh..tak mau pun takpa..no hal) (dihiris)
1 bungkus cendawan
2 batang anak jagung
5 biji cili padi (dihiris)
4 camca besar sos tiram
kicap lemak secukup rasa
sedikit kubis
sedikit air
sedikit garam
minyak untuk menumis

Cara-cara :
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak untuk menumis.
2. Masukkan bawang putih, bawang besar dan cili padi yang telah dihiris. Kemudian, tumis sehingga naik bau.
3. Selepas itu, masukkan kubis, anak jagung dan cendawan yang telah dipotong.
4. Gaul sebati.
5. Masukkan sedikit air, diikuti sos tiram dan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang.

Senang... cepat... dan sedap bukan!!
Selamat menjamu selera.

Nabi dan Rasul Allah


Nabi dan Rasul adalah manusia-manusia pilihan yang bertugas memberi petunjuk kepada manusia tentang keesaan Allah SWT dan membina mereka agar melaksanakan ajaran-Nya. Ciri-ciri mereka dikemukakan dalam Al-Qur’an,

"... ialah orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah. Mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan." (Q.S. Al Ahzab : 39).

Perbedaan antara Nabi dan Rasul adalah : seorang Nabi menerima wahyu dari Allah SWT untuk dirinya sendiri, sedangkan Rasul menerima wahyu dari Allah SWT guna disampaikan kepada segenap umatnya. Para Nabi dan Rasul mempunyai 4 sifat wajib dan 4 sifat mustahil, serta satu sifat jaiz, yaitu : 

1.Shiddiq (benar), Mustahil ia Kizib (dusta).

2.Amanah (dapat dipercaya), mustahil Khianat (curang).

3.Tabliqh (Menyampaikan wahyu kepada umatnya), Mustahil Kitman (menyembunyikan Wahyu).

4.Fathonah (Pandai/cerdas), Mustahil Jahlun (Bodoh).

5.Bersifat jaiz yaitu Aradhul Basyariyah (sifat-sifat sebagaimana manusia).


Di dunia ini telah banyak Nabi dan Rasul telah diturunkan, tetapi yang wajib diketahui oleh umat Islam adalah sebanyak 25 Nabi dan Rasul, yaitu :

Nabi Adam as

Nabi Idris as

Nabi Nuh as

Nabi Huud as

Nabi Shaleh as

Nabi Ibrahim as

Nabi Ismail as

Nabi Luth as

Nabi Ishaq as

Nabi Ya’qub as

Nabi Yusuf as

Nabi Syu’aib as

Nabi Ayyub as

Nabi Dzulkifli as

Nabi Musa as

Nabi Harun as

Nabi Daud as

Nabi Sulaiman as

Nabi Ilyas as

Nabi Ilyasa as

Nabi Yunus as

Nabi Zakaria as

Nabi Yahya as

Nabi Isa as

Nabi Muhammad saw 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Klik Bom Tue


Geng Budak Baek

Basa-Basi Komentar


SHout