Where Are You Know ??



Kawan-Kawan Saya

Thursday 31 May 2012

~Bakul Yang Berlubang~

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di ladang bersama cucunya. Setiap pagi, si datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur rumah mereka. Si cucu yang melihat turut meniru perbuatan datuknya itu. 

Satu hari, si cucu bertanya kepada datuknya: 
"Atuk, saya baca Quran ni tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ni atuk? 

Lalu, si Datuk berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diiisi arang sebelumnya.
"Nah, kau pergi ke sungai, bawa air dalam bakul ni."



Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka. apabila pulang tiada lagi air yang tinggal. 

"Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit," kata si Datuk kepada cucunya.

Si cucu mengeluh. "Atuk, bakul ni berlubang-lubang, pasti airnya bocor dan mengalir keluar."

Si Datuk mengarahkan cucunya melakukan perbuatan yang sama sekali lagi. Tanpa berlengah si cucu pun berlari ke sungai. Tetapi apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.
"Tak boleh lah atuk." 

Si cucu mencuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Maka, si cucu pun cepat-cepat ke sungai dan berlari balik membawa bakul yang diisi air untuk ditunjukkan kepada datuknya.
"Nampak tak atuk, Tak bolehlah. Tak ada gunanya." Bentak si cucu.

Si Datuk berkata, "Jadi kau rasa tidak berguna? Cuba kau tengok bakul tu betul-betul." Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan, bakul yang tadi kotor dek kesan arang kini sudah bersih. 

"Macam itulah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya tetapi ia tetap membersihkan hati orang yang membacanya. Itu semua dengan kehendak Allah." 
Ujar Si Datuk kepada cucunya.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Klik Bom Tue


Geng Budak Baek

Basa-Basi Komentar


SHout