Where Are You Know ??



Kawan-Kawan Saya

Thursday 12 January 2012

Warkah Untuk Si Dia



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih
Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang d ingini iaitu wanita-wanita,anak-anak,harta yang banyak dari jenis emas,perak,kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang.
Itulah kesenangan hidup d dunia dan d sisi Allahlah tempat kembali yang baik.
(Ali-Imran:14)

Kita mungkin mampu merancang dan menetapkan waktu untuk sesuatu..
Namun tidak akan ada yang mampu mengetahui secara hakikatnya bila dia benar-benar bersedia...
Seperti gurau seorang sahabat, bila bermula dan berakhirnya akad, waktu itulah dia telah bersedia.
Setiap yang mahu mendirikan masjid, akan ada perancangan, namun tidak semuanya mampu terlaksana,
Ada yang berjalan lancar, ada yang tertangguh kerana masalah tertentu, malah ada yang dibatalkan terus.
Bila, bagaimana, di mana, dengan siapa... Semuanya selari dengan perancangan Allah.

Kekadang kita melihat sahabat kita yang masih keanak-anakan, urus diri pun tak kena cara, cara berfikir jangan nak kata... tapi dah kahwin dan sesetengah tue dah ada anak pun..
Sebaliknya ada sahabat yang sangat matang, pengurusannya sangat baik, mudah cakap memang cukup pakej.. namun belum juga kahwin..
Mungkin kita boleh mengatakan, belum merancang kearah itu lagi.. @ ada masalah di pihak keluarga sana @ apa-apa sahaja... benar, namun itu sekadar zahirnya.
Hakikatnya ketetapan Allah belum sampai.. Seperti kata ustaz, perancangan manusia tidak dapat mengatasi perancangan Allah.

Ustaz saya pernah berkata.. bilamana kamu merancang ke arah itu, maka kamu perlu bersedia untuk berkorban.. untuk kekadang merasa kecewa, sakit hati dan sedih.
Bukan bermaksud tidak ada yang indah, namun rasanya semua boleh menerima yang indah tanpa perlu diingatkan untuk bersedia.
Kerana ramai yang membina ukhwah namun sukar mengiringinya dengan mahabah.


"Supaya kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang di berikanNYA kepadamu.
Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri"
(Al-Hadid:23)

Hidup Itu Adalah Sukar

Ini HAKIKAT...
HIDUP MEMANG SUKAR..

Apabila kita faham..dan terima kenyataan ini.. 
HIDUP TIDAK LAGI SUKAR..
Pernah orang berkata kepada saya.. "Kamu nie letak high expexctatioan sgt".
Sekarang baru saya faham..saya selalu anggap hidup itu mudah..saya mampu buat apa yang saya nak.
Bila rancangan saya terganggu, saya sangat stress.

Kebanyakkan orang selalu anggap, kesukaran kita adalah penghujung dan penderitaan yang kita alami tidak sepatutnya berulang lagi.
Kita mengeluh..hidup ini penuh dengan bebanan dan kesukaran...
Dan kita menjauhkan diri daripada masalah.

Sebenarnya..yang membuatkan hidup kita terasa sukar ialah proses menghadapi dan mengatasi masalah-masalah itu sendiri. Masalah membuat kita sedih, kecewa, rasa bersalah, penyesalan, ketakutan atau kecemasan.

Sebenarnya dalam proses mengatasi dan menghadapi masalah itulah hidup kita mempunyai makna.
Masalah menimbulkan keberanian dan membentuk kebijaksanaan serta kesabaran dalam diri.

"Hal-hal yang menyakitkan itu memberi pelajaran tertentu"
~Benyamin Franlin~


Saturday 7 January 2012

Renungan Bersama..

 SEBUAH RENUNGAN KEHIDUPAN SEHARIAN KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIM
Marilah kita sama-sama hayati dan renungkan setiap persoalan ini untuk memastikan adakah kita ini menjalani kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim....

1)Adakah anda solat subuh berjemaah setiap hari?
2)Adakah anda memelihara setiap solat anda?
3)Adakah anda hari ini telah membaca Al-Quran?
4)Adakah menjadi rutin bagi anda membiasakan diri membaca wirid dan zikir selepas solat?
5)Adakah anda melaksanakan solat-solat sunat rawatib, ba’diyah dan qabliyah?
6)Adakah hari ini anda khusyuk dalam solat dengan merenungi dan memahami setiap bacaannya?
7)Adakah anda sentiasa ingat mati dan alam kubur?
8)Adakah anda ingat akan hari kiamat dan hari akhirat dan segala peristiwa dan kedahsyatannya?
9)Adakah anda sentiasa berdoa kepada Allah memohon dimasukkan ke dalam syurga? Kerana barang siapa yang memohon akan syurga Allah, maka syurga itu akan berdoa “Ya Allah, masukkan lah ia ke dalam syurga”.
10)Adakah anda sentiasa berdoa kepada Allah memohon supaya diselamatkan dari neraka? Kerana barang siapa yang memanjatkan doa tersebut, maka neraka itu akan berdoa “Ya Allah, selamatkanlah dia dari api neraka”.
11)Adakah hari ini anda berdoa kepada Allah supaya Allah menetapkan hati mu dalam agamaNya?
12)Adakah hari ini anda beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya di atas segala dosa anda?
13)Adakah hari ini anda menangis lantaran takut kepada Allah s.w.t?
14)Adakah anda memanfaatkan waktu-waktu terkabulnya doa dan pada saat itu anda memohon kepadaNya?
15)Adakah anda sentiasa menambah pengetahuan anda tentang agama?
16)Adakah anda berdoa memohon keampunan untuk setiap muslimin dan muslimat kerana sesungguhnya memohon keampunan saudara mu yang beriman merupakan satu hasanah?
17)Adakah anda sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan?
18)Sudahkah anda meninggalkan rasa benci kerana diri anda dan berusaha membenci sesuatu kerana Allah?
19)Sudahkah anda menjauhkan sifat takkabur, sombong dan riya’?
20)Adakah anda berbuat baik dan berbakti kepada ibu dan ayah kamu?
21)Sudahkah anda bertaubat kepada Allah dengan taubat yang seikhlasnya pada setiap waktu di atas dosa-dosa dan kesalahan yang telah anda lakukan?
Marilah kita renungkan bersama²
~BERSAMA-SAMA MEMANTAPKAN TARBIYAH RUHIYAH~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Klik Bom Tue


Geng Budak Baek

Basa-Basi Komentar


SHout