Where Are You Know ??


Kawan-Kawan Saya

Monday, 4 June 2012

Cintakah Kita Kepada Nabi SAW?

"Seorang pencinta pasti akan menghabiskan masanya untuk mengenang orang yang dicintainya."



Adakah begini perasaan kita kepada Rasulullah SAW? Pernahkah dalam sehari untuk seumur hidup kita ini, jiwa, hati, perasaan dan pemikiran kita hanyut dalam mencintai dan merinduinya. Jujurlah sebahagian besar daripada kita mungkin baru terkenang kepadanya saat membaca atau mendengar riwayat hidupnya dibacakan.

Hati kita baru bergetar dan merinduinya saat disampaikan tentang penderitaanya sewaktu di Taif. saat kepala dan tubuhnya berdarah dilempar batu oleh orang kafir dan baginda tetap tabah dan bertahan menjaga cahaya keimanan agar terus bersinar sehingga sampai ke hati kita di zaman ini.

Kita menangis apabila membayangkan betapa kejamnya Abu Jahal, Abu Lahab dan Uqbah bin Abi Mu'ith. Mereka ketawa mengejek sambil menuangkan najis unta ke atas bahu baginda semasa baginda sedang solat di hadapan Kaabah, mencekik lehernya, memukul tubuhnya, mengoyakkan bajunya dan meludah ke mukanya. 

Atau kita baru merinduinya ketika melintasi perenggan tulisan yang menceritakan betapa mulianya hati baginda saat meminta Aisyah r.a. untuk memasak makanan yang lazat dan menyuapkannya ke mulut seorang Yahudi, padahal mulut wanita itu setiap hari mencaci dan memaki hamun baginda manakala tangannya pula menuangkan sampah di setiap jalan yang dilalui baginda?

Nabi Muhammad SAW sentiasa mengenang dan memikirkan tentang umatnya, lebih banyak daripada kita sendiri memikirkan tentang baginda. Baginda SAW sangat mencintai umatnya lebih daripada cinta seorang ibu kepada anaknya. Rasa cemas baginda SAW lebih daripada cemas seorang ibu yang melihat anaknya bermain berdekatan dengan api.

Di akhir hayatnya, saat menahan kesakitan kerana nyawa hampir berpisah dari badan, ucapan yang baginda katakan menggambarkan betapa cemasnya hati baginda ialah Ummati... Ummati... (Oh, umatku... Oh, umatku...).

Oleh itu, ayuhlah saudara saudariku... kita sama-sama mendidik diri kita, ahli keluarga kita untuk lebih mencintai baginda SAW dengan memperbanyakkan membaca sirah hidup baginda yang suci. Cinta kita kepada baginda tidak akan pernah bertambah jika kita tidak membaca sirah kehidupannya.

"Seseorang akan bersama dengan orang yang dicintainya (di dalam syurga)"
~Hadir riwayat Bukhari dan Muslim~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Klik Bom Tue


Geng Budak Baek

Basa-Basi Komentar


SHout