Where Are You Know ??


Kawan-Kawan Saya

Thursday, 12 January 2012

Warkah Untuk Si Dia



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih
Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang d ingini iaitu wanita-wanita,anak-anak,harta yang banyak dari jenis emas,perak,kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang.
Itulah kesenangan hidup d dunia dan d sisi Allahlah tempat kembali yang baik.
(Ali-Imran:14)

Kita mungkin mampu merancang dan menetapkan waktu untuk sesuatu..
Namun tidak akan ada yang mampu mengetahui secara hakikatnya bila dia benar-benar bersedia...
Seperti gurau seorang sahabat, bila bermula dan berakhirnya akad, waktu itulah dia telah bersedia.
Setiap yang mahu mendirikan masjid, akan ada perancangan, namun tidak semuanya mampu terlaksana,
Ada yang berjalan lancar, ada yang tertangguh kerana masalah tertentu, malah ada yang dibatalkan terus.
Bila, bagaimana, di mana, dengan siapa... Semuanya selari dengan perancangan Allah.

Kekadang kita melihat sahabat kita yang masih keanak-anakan, urus diri pun tak kena cara, cara berfikir jangan nak kata... tapi dah kahwin dan sesetengah tue dah ada anak pun..
Sebaliknya ada sahabat yang sangat matang, pengurusannya sangat baik, mudah cakap memang cukup pakej.. namun belum juga kahwin..
Mungkin kita boleh mengatakan, belum merancang kearah itu lagi.. @ ada masalah di pihak keluarga sana @ apa-apa sahaja... benar, namun itu sekadar zahirnya.
Hakikatnya ketetapan Allah belum sampai.. Seperti kata ustaz, perancangan manusia tidak dapat mengatasi perancangan Allah.

Ustaz saya pernah berkata.. bilamana kamu merancang ke arah itu, maka kamu perlu bersedia untuk berkorban.. untuk kekadang merasa kecewa, sakit hati dan sedih.
Bukan bermaksud tidak ada yang indah, namun rasanya semua boleh menerima yang indah tanpa perlu diingatkan untuk bersedia.
Kerana ramai yang membina ukhwah namun sukar mengiringinya dengan mahabah.


"Supaya kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang di berikanNYA kepadamu.
Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri"
(Al-Hadid:23)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Klik Bom Tue


Geng Budak Baek

Basa-Basi Komentar


SHout