Where Are You Know ??


Kawan-Kawan Saya

Saturday, 24 September 2011

Masa Itu Kehidupan

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapkan kesabaran." 
[Al-Asr : 1-3]

Sahabat Nabi yg bernama Abu Zar pernah bertanya kepada Nabi berkaitan dengan isi-isi yg terdapat di dalam suhuf Nabi Ibrahim. Nabi menjawab, "Antara isi ialah bagi individu yg berakal waras fikirannya, hendaklah dia membahagikan masa kepada beberapa waktu :
1. Sesaat utk bermunajat kepada Tuhannya.
2. Sesaat utk bermuhasah dirinya.
3. Sesaat utk bertafakur ttg penciptaan Allah.
4. Sesaat utk mencari keperluan makan minumnya.

Seseorang yg berakal hendaklah jgn memberikan tumpuan melainkan kpd 3 perkara ini, iaitu :
1. Bekalan utk akhirat.
2. Bekalan utk kehidupan di dunia.
3. Bersuka-suka di dalam perkara yg tdk diharamkan.

Masa adalah kehidupan. Justeru, setiap malam tulislah apa yg hendak kita lakukan pada esok hari. Selepas itu, tentukan keutamaan-keutamaannya. Jgn rancang hdup kita ikot jemputan tp... rancanglah mengikut keutamaan.

Ingatlah kata-kata Nabi yg dinyatakan oleh Imam Tirmizi dan Ibnu Majah yg bermaksud : "Antara tanda kebaikan Islam seseorang ialah ia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Klik Bom Tue


Geng Budak Baek

Basa-Basi Komentar


SHout