Where Are You Know ??



Kawan-Kawan Saya

Saturday, 7 January 2012

Renungan Bersama..

 SEBUAH RENUNGAN KEHIDUPAN SEHARIAN KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIM
Marilah kita sama-sama hayati dan renungkan setiap persoalan ini untuk memastikan adakah kita ini menjalani kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim....

1)Adakah anda solat subuh berjemaah setiap hari?
2)Adakah anda memelihara setiap solat anda?
3)Adakah anda hari ini telah membaca Al-Quran?
4)Adakah menjadi rutin bagi anda membiasakan diri membaca wirid dan zikir selepas solat?
5)Adakah anda melaksanakan solat-solat sunat rawatib, ba’diyah dan qabliyah?
6)Adakah hari ini anda khusyuk dalam solat dengan merenungi dan memahami setiap bacaannya?
7)Adakah anda sentiasa ingat mati dan alam kubur?
8)Adakah anda ingat akan hari kiamat dan hari akhirat dan segala peristiwa dan kedahsyatannya?
9)Adakah anda sentiasa berdoa kepada Allah memohon dimasukkan ke dalam syurga? Kerana barang siapa yang memohon akan syurga Allah, maka syurga itu akan berdoa “Ya Allah, masukkan lah ia ke dalam syurga”.
10)Adakah anda sentiasa berdoa kepada Allah memohon supaya diselamatkan dari neraka? Kerana barang siapa yang memanjatkan doa tersebut, maka neraka itu akan berdoa “Ya Allah, selamatkanlah dia dari api neraka”.
11)Adakah hari ini anda berdoa kepada Allah supaya Allah menetapkan hati mu dalam agamaNya?
12)Adakah hari ini anda beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya di atas segala dosa anda?
13)Adakah hari ini anda menangis lantaran takut kepada Allah s.w.t?
14)Adakah anda memanfaatkan waktu-waktu terkabulnya doa dan pada saat itu anda memohon kepadaNya?
15)Adakah anda sentiasa menambah pengetahuan anda tentang agama?
16)Adakah anda berdoa memohon keampunan untuk setiap muslimin dan muslimat kerana sesungguhnya memohon keampunan saudara mu yang beriman merupakan satu hasanah?
17)Adakah anda sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan?
18)Sudahkah anda meninggalkan rasa benci kerana diri anda dan berusaha membenci sesuatu kerana Allah?
19)Sudahkah anda menjauhkan sifat takkabur, sombong dan riya’?
20)Adakah anda berbuat baik dan berbakti kepada ibu dan ayah kamu?
21)Sudahkah anda bertaubat kepada Allah dengan taubat yang seikhlasnya pada setiap waktu di atas dosa-dosa dan kesalahan yang telah anda lakukan?
Marilah kita renungkan bersama²
~BERSAMA-SAMA MEMANTAPKAN TARBIYAH RUHIYAH~



Saturday, 24 December 2011

Oh Hepy..Hepy Day...

Terima Kasih Buat Sahabat-Sahabatku Untuk Satu Hari Yang Sangat Menggembirakan...

24 Disember 2011----> Cuti Study Week

Destinasi -----> Hot Spring Sg Klah, Tasik Proton City, TF, and Pasar Malam Tg Malim..hehe

Hopefully.. Masa-masa akan datang kita masih diberi kesempatan untuk spend masa together gether macam nie lagi..hehe





Cantik taw tempat nie... Nanti ada masa bawa la family dtg ke sini...

Nie adalah laluan titi kayu untuk ke kolam air panas...







Nie pulak pemandangan sekitar kolam air panas...



Bukan sekadar kolam air panas..kolam air sejuk pun ad taw.. ala2 sunway lagoon gitu..hehe



Selain kolam air panas dan sejuk, turut disediakan pelbagai kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang menarik di sini...

Ada spa... ad tempat untuk rawatan badan... ada tempat merebus telur... & tidak ketinggalan juga rawatan refleksiologi... Banyak lagi sebenarnya tempat best dlm nie...cuma I cannot remember..hihi






-Tamat Sudah...Sekian-


Tuesday, 20 December 2011

Jauhi Budaya Mengumpat

Setiap percakapan pasti ada mukadimahnya...
Mengumpat juga tentulah tidak terkecuali...
Jadi... Apakah mukadimah-mukadimah untuk memulakan umpatan..???







Jom kita sama-sama jauhi budaya mengumpat nie..
Kenapa..?? Kenapa..?? Kenapa...???


Ayuh.. Sama-sama kita jaga lidah kita daripada berkata-kata yang buruk tentang orang lain...




p/s : post kali ini adalah khas buat ingatan diri sendiri dan juga sahabat-sahabat sekalian... Semoga kita terhindar daripada perbuatan yang sia-sia ini.. Amin...

Buat Yang Bernama Sahabat..

Rasanya semua insan di dunia ini pernah memiliki sahabat untuk berkongsi suka-duka, pahit manis, gelak-tawa, dan juga senyum-tangis...

Namun, tidak semua persahabatan bersulam kasih sayang sejati, keikhlasan zahir batin mahupun kejujuran yang membaluti diri...

Ya, pasti anda semua pernah rasa manis dan indanya ukhwah bersama insan yang bergelar sahabat... Namun begitu, pasti ada yang terguris, terhimpit, dihimpit, menghimpit dan sebagainya...

Setiap orang pasti mengimpikan sebuah persahabatan yang indah umpama kita mengimpikan seorang teman untuk sehidup semati bersama kita...

Tetapi...
Mampukah kita memiliki sahabat sejati??
Layakkah kita meraih sahabat yang baik??
Baikkah kita???
Berhakkah kita??
Jujurkah kita dalam berbicara dengannya??
Ikhlaskah kita bersahabat dengannya??
Setiakah kita seandai dia dilanda musibah???

"Aku kasihi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku, dan menjaga nama baikku semasa hidup dan selepas matiku. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku merasa senang. Semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya."
-Imam Shafie-

Andai kita menjadi sahabat yang tidak tahu menghargai jadilah kita orang yang ketinggalan..
Kenapa..?? Kenapa..?? dan Kenapa..??
Kerana hidup tanpa seorang sahabat memang tidak akan bererti...
Kerana tanpa seorang sahabat kita mungkin tidak akan tersenyum...
Hari-hari yang dilalui mungkin suram..pilu... dan sebagainya...

Namun kita seringkali terlupa dengan nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita...iaitu seorang sahabat..
Kita telah menyalahgunakan kehadiran seorang sahabat ...
Kita mempergunakannya...
Menikamnya dari belakang..
Mengambil kesempatan ke atas dirinya...
Mengumpat dan memburuk-burukkan sahabat..
Akhir sekali mengguris hati seorang insan bergelar sahabat...
Inikah yang mampu digelarkan sebagai sahabat sejati???



"Tidak sempurna iman seseorang, sehingga dia mengasihi sahabatnya seperti dia mengasihi dirinya sendiri."
-Hadia Bukhari dan Muslim-







Friday, 9 December 2011

DIAM!!!!

Kita dikurniakan lidah oleh Allah bukan untuk digunakan sewenang-wenangnya dan mengeluaran kata-kata yang sia-sia.
Berhati-hatilah menggunakan lidah yang diberi. 
Setiap perkataan akan dihitung.

Banyak diam tidak semestinya bodoh..
Banyak cakap tidak semestinya cerdik..
Kerana kecerdikan itu buah fikiran..
Orang yang cerdik yang pendiam adalah lebih baik..
Dari orang bodoh yang banyak cakap.

Menasihati orang yang bersalah adalah tidak salah..
Yang salah adalah apabila memikirkan kesalahan orang lain.

"Manusia tidak akan mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara yang baik-baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia"

p/s: Berdiam adalah lebih baik jika tidak tahu berkata baik tentang orang. Berdiam dalah lebih baik dari cakap banyak tetapi menyakitkan hati orang.


Sunday, 4 December 2011

Sahabat Yg Baik???

Jangan Berjalan Di Depanku...
Aku mungkin tidak akan mengikutimu...
Dan jangan berjalan di belakangku...
Aku mungkin tidak layak diikuti...
Akan tetapi...
Berjalanlah di sisiku...
Dan jadilah sahabatku...
InsyaALLAH...
Aku akan sentiasa menemanimu di waktu susah dan senangmu.. =)

Temuduga Terbuka !!!!!

Kekosongan Jawatan :
A)Ahli Syurga Dari Awal
B)Ahli Neraka Dari Awal
C)Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Menjadi Ahli Syurga

Empat GANJARAN LUMAYAN (khas untuk JAWATAN A)
-Nikmat kubur
-Perlindungan di Padang Mahsyar
-Keselamatan Meniti Titian Sirat
-Syurga yang kekal abadi


Tarikh Temuduga :
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini

Lokasi Temuduga :
Di dalam kubur (alam barzakh)

Kelayakan :
-Anda tidak perlu bawa sijil-sijil
-Anda tidak perlu bawa pingat
-Anda tidak perlu bawa wang atau segala harta yang anda kumpul
-Anda tidak perlu berupa paras cantik, hensem, tegap dan seksi
-Sila bawa dokumen asal : Iman & Amal serta amal jariah sebagai sokongan

Panel Temuduga :
Munkar dan Nakir

ENAM soalan bocor :
1)Siapa TUHAN anda?
2)Apa AGAMA anda?
3)Siapa NABI anda?
4)Apa KITAB anda?
5)Di mana KIBLAT anda?
6)Siapa SAUDARA anda?


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Klik Bom Tue


Geng Budak Baek

Basa-Basi Komentar


SHout