Where Are You Know ??



Kawan-Kawan Saya

Friday, 9 December 2011

DIAM!!!!

Kita dikurniakan lidah oleh Allah bukan untuk digunakan sewenang-wenangnya dan mengeluaran kata-kata yang sia-sia.
Berhati-hatilah menggunakan lidah yang diberi. 
Setiap perkataan akan dihitung.

Banyak diam tidak semestinya bodoh..
Banyak cakap tidak semestinya cerdik..
Kerana kecerdikan itu buah fikiran..
Orang yang cerdik yang pendiam adalah lebih baik..
Dari orang bodoh yang banyak cakap.

Menasihati orang yang bersalah adalah tidak salah..
Yang salah adalah apabila memikirkan kesalahan orang lain.

"Manusia tidak akan mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara yang baik-baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia"

p/s: Berdiam adalah lebih baik jika tidak tahu berkata baik tentang orang. Berdiam dalah lebih baik dari cakap banyak tetapi menyakitkan hati orang.


Sunday, 4 December 2011

Sahabat Yg Baik???

Jangan Berjalan Di Depanku...
Aku mungkin tidak akan mengikutimu...
Dan jangan berjalan di belakangku...
Aku mungkin tidak layak diikuti...
Akan tetapi...
Berjalanlah di sisiku...
Dan jadilah sahabatku...
InsyaALLAH...
Aku akan sentiasa menemanimu di waktu susah dan senangmu.. =)

Temuduga Terbuka !!!!!

Kekosongan Jawatan :
A)Ahli Syurga Dari Awal
B)Ahli Neraka Dari Awal
C)Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Menjadi Ahli Syurga

Empat GANJARAN LUMAYAN (khas untuk JAWATAN A)
-Nikmat kubur
-Perlindungan di Padang Mahsyar
-Keselamatan Meniti Titian Sirat
-Syurga yang kekal abadi


Tarikh Temuduga :
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini

Lokasi Temuduga :
Di dalam kubur (alam barzakh)

Kelayakan :
-Anda tidak perlu bawa sijil-sijil
-Anda tidak perlu bawa pingat
-Anda tidak perlu bawa wang atau segala harta yang anda kumpul
-Anda tidak perlu berupa paras cantik, hensem, tegap dan seksi
-Sila bawa dokumen asal : Iman & Amal serta amal jariah sebagai sokongan

Panel Temuduga :
Munkar dan Nakir

ENAM soalan bocor :
1)Siapa TUHAN anda?
2)Apa AGAMA anda?
3)Siapa NABI anda?
4)Apa KITAB anda?
5)Di mana KIBLAT anda?
6)Siapa SAUDARA anda?


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

Sunday, 20 November 2011

Khas Buat Sahabat (Part 2)

Sahabatku...
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya,
Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan,
Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain yang membisikkan,
Syaitan namanya!!!

Sahabatku...
Senyumlah selalu tetapi bersederhanalah dalam ketawa,
Rasulullah SAW adalah yang paling banyak tersenyum,
Baginda ketawa tapi kena pada tempatnya,
Tapi... berpada-pada sahaja wahai sahabat,
Plato juga mengharap agar pementasan hiburan
yang tidak bermutu, terlalu banyak ketawa bodoh,
Hanya disaksikan oleh golongan hamba abdi dan orang upahan asing,
Begitu juga Aristotle berpendapat...
Supaya golongan belia ditegah daripada
Menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan
Perbuatan ketawa berlebih-lebihan,
Supaya tidak menular keburukan dalam diri.

Sahabatku...
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan,
Tanpa serius, hilanglah kesungguhan,
Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan,
Kata seorang penyair:
"Berikan kerehatan kepada jiwamu yang sibuk dengan berfikir,
ubati dengan bergurau,
Tapi... kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas,
Seperti kau memasukkan garam ke dalam gulai".

Sahabatku...
Kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan,
Oleh pendengar di depanmu,
Janganlah jadi seperti orang bodoh,
Bahkan menyakitkan hati orang lain pula!!!!
Lukman Hakim juga mencela orang yang tidak pandai
Menjaga nada suara pada tempatnya,
Itulah katanya suara keldai!!!
Surah Al-Isra' memberi tip kepada kita,
Jangan keraskan suaramu dalam solat,
Tapi jangan pula merendahkannya,
Carilah jalan tengah di antara keduanya.


Khas Buat Sahabat (Part 1)

Sahabatku...
Segeralah tunaikan solat di awal waktu,
Di kala mendengar azan,
Usahakanlah semampu yang terdaya,
Ini membuktikan kesungguhan anda,
Di situ ada sumber kejayaan,
Di situ ada sumber pertolongan,
Di situ ada sumber taufiq,
Perhatikanlah banyak perintah ayat Al-Quran,
Dimulakan dengan menyebut solat di awalnya,
Juga di medan perang,
Walaupun di saat genting dan cemas.

Sahabatku...
Bacalah Al-Quran dan perhatikan mesejnya,
Selalulah berzikir dan carilah ilmu walaupun sedikit,
Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan,
Sesungguhnya Al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu,
Sumber hidayah kepada anda dan saya,
Bacalah Al-Quran, kelak ia memberi syafaat,
Sentiasalah membaca, menghafal dan...
Cuba hayati mesej arahannya,
Selalu berzikir...berzikir...dan terus berzikir!!!
Di sini ada ketenteraman,
Di sini ada kedamaian,
Di sini ada kesalaman,
Jadilah hamba yang sejahtera.

Sahabatku...
Dorongkanlah diri untuk menguasai bahasa Al-Quran,
Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan,
Sebenarnya anda telah lama bermula,
Iaitu sejak anda solat setiap hari,
Sebutlah dulu walaupun tidak faham,
Antara malapetaka pertama menimpa umat kita,
Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya,
Juga mengutamakan bahasa pasar,
Ayuh!!! Apa tunggu lagi!!!
Bukalah ruang walaupun seminit.



Saturday, 19 November 2011

Buatmu teman tersayang


Teman tersayang...
Aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana Al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Serta tawakal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed Al-Quth,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terenggut,
Roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid, rohnya ke syurga.

Marilah kita menyemai benih Hassan Al-Banna,
Fikrahnya jernih, menggegarkan dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah daripada ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai harumnya pusara Masyitah,
Semerbak kasturi...

Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat,
Di mahkamah mahsyar nanti...

**Ukhwah Fillah Abadan Abada (",)**


Bidadari Mencemburui Wanita Dunia

Wanita dunia ketika memasuki syurga akan mampu mengalahkan kejelitaan para bidadari syurga.

Siapakah wanita dunia itu??
Mereka adalah wanita solehah!!!

... Aisyah r.a berkata :

Wanita-wanita solehah akan berkata kepada bidadari syurga..

"Kami melakukan solat sedangkan kamu tidak...
Kami berpuasa sedangkan kamu tidak...
Kami bersedekah sedangkan kamu tidak..
Kami wanita solehah di dunia mengalahkan bidadari syurga.."

: : Inilah yang menyebabkan bidadari pun cemburu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Klik Bom Tue


Geng Budak Baek

Basa-Basi Komentar


SHout