Where Are You Know ??



Kawan-Kawan Saya

Friday, 14 October 2011

# Siri 1 # Mari Kenali Nabi Kita

KETAMPANAN WAJAH RASULULLAH SAW

Jabir bin Samurah r.a telah menceritakan :
"Aku pernah melihat Rasulullah SAW di malam purnama, saat itu baginda memakai pakaian berwarna merah. Lalu kulihat baginda dan juga bulan yang indah." Jabir melanjutkan kisahnya, "Ternyata menurut penglihatanku, baginda lebih indah daripada bulan purnama."
(Hadis riwayat Ad-Darimi, Tirmidzi dan al-Hakim)

Abdullah bin Abbas r.s telah menceritakan :
"Rasulullah SAW adalah seorang yang berjarak antara kedua gigi serinya. Jika baginda berbicara seakan-akan terbit cahaya dari kedua-dua gigi serinya itu."
(Hadis riwayat Ad-Darimi, Ya'qub bin Sufyan al-Fasawi, Tirmidzi dan al-Baghawi)

Abu Hurairah r.a telah menceritakan :
"Aku belum pernah melihat satu rupa yang lebih indah daripada Rasulullah SAW. Seakan-akan sinar matahari memancar daripada wajahnya."
(Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Ahmad)


Lelaki Cantik Dan Wanita Gagah


Nak tahu dimana kecantikan lelaki???
Kecantikan lelaki bukan pada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik adalah :-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2)Lelaki yang sedia menerima teguran.

3)Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun.

4)Lelaki yang tenang dan berlapang dada.

5)Lelaki yang suka berbaik sangka.

6)Lelaki yang tak pernah berputus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad SAW adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.



Dan dimana pula kegagahan wanita???

Kegagahan wanita bukan pada pejalnya otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah adalah :-

1)Perempuan yang tahan menerima sesuatu kehilangan.

2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3)Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan wanita berdiri di atas keteguhan iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang wanita.

****

Sabda Rasullulah SAW :
"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat"

Allah SWT berfirman :
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Al-Ahzab:Ayat 71)


Wednesday, 12 October 2011

Keturunan Iblis

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah, iblis berkembang biak menghasilkan lima jenis keturunan, iaitu :

TSABAR
Kerjanya menimbulkan keluh kesah ke dalam hati orang yang ditimpa masalah dan musibah sehingga orang itu tergamak menyalahkan Allah.

DASIM
Kerjanya menimbulkan rasa cemburu yang melampau ke dalam hati suami isteri sehingga bercerai berai.

AL-A'WAR
Kerjanya menghasut manusia supaya berzina. Misalnya, mendorong wanita berpakaian seksi dan mendorong pemuda dan gadis-gadis berdua-duaan sehingga timbul keinginan antara keda-duanya melakukan zina.

MISWATH
Kerjanya membisikkan cerita bohong dan meniup rasa buruk sangka ke dalam hati manusia. Miswath juga menghasut manusia supaya menyebarkan fitnah.

ZAKNABUR
Kerjanya menyuntik rasa seronak ke dalam hati manusia di pasar dan pusat beli belah. Kesannya, ramai orang suka menghabiskan masa yang lama di sana, malah sebahagiannya pergi ke sana tanpa sebarang tujuan.

****

Daripada Abu Said, Nabi Muhammad SAW berkata yang bermaksud : "Iblis berkata : 'Wahai Tuhanku, demi kemuliaanmu, aku akan terus menggoda anak cucu Adam selama roh mereka masih berada di tubuh mereka.'
Allah menjawab : 'Demi kemuliaanku dan keagunganku, aku tetap memberi keampunan kepada mereka selama meeka memohon ampunan kepadaku."
(Hadis direkodkan oleh Ahmad)


Pengkid Hensem Nyah Comei

Berhati-hatilah daripada menyerupai wanita kafir yg suka menyerupai lelaki. 

Daripada Ibnu Abbas ra, Rasulullah SAW melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan melaknat wanita-wanita yg menyerupai lelaki.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)




Berhati-hatilah terhadap apa juga yg boleh menyebabkan kemurkaan Allah SWT.

Begitu ramai wanita muslimah terikut-ikut dengan wanita kafir.
Hanya yg terselamat ialah wanita Muslimah yg dirahmati Allah SWT.

"Sesungguhnya lelaki Muslim serta perempuan Muslim, dan lelaki yg beriman serta perempuan yg beriman, dan lelaki yg taat serta perempuan yang taat, dan lelaki yg benar serta perempuan yg benar, dan lelaki yg sabar serta perempuan yg sabar, dan lelaki yg merendah diri (kepada Allah) serta perempuan yg merendah diri (kepada Allah), dan lelaki yg bersedekah serta perempuan yg bersedekah, dan lelaki yg berpuasa serta perempuan yg berpuasa, dan lelaki yg memelihara kehormatnnya serta perempuan yg memelihara kehormatannya, dan lelaki yg menyebut nama Allah banyak-banyak serta perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar."
(al-Ahzab:35)

Wasiat Ibu Mithali...

Kenalkah kita dengan Umamah Binti Al-Harith?
Sebenarnya, dari beliau itu terdapat satu wasiat yg sangat menarik.
Wasiat kepada puterinya yg bernama Ummu Iyyas Bt 'Auf.

***
"Wahai Puteriku ! 
Sesungguhnya engkau akan meninggalkan suasana di tempat engkau lahir.
Engkau akan keluar dari sarang tempat engkau membesar.
Andainya di dunia ini ada wanita yg tidak memerlukan suami lantaran kedua-dua orang tuanya kaya, ataupun mmg orang tuanya memerlukanya, maka engkaulah orang yg paling tidak memerlukan suami.
Tetapi... wanita mmg telah diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita!"

"Pertama.. taatlah suami dengan penuh rela.
Kedua.. Layani dengan saksama.
Ketiga... perhatikan lirik mata.
Keempat.. amati hiduan hidungnya.
Kelima.. Perhatikan masa tidurnya.
Keenam.. layani masa makannya.
Ketujuh.. Jaga harta suami.
Kelapan.. Pelihara maruah dan kewibawaannya.
Kesembilan... Jangan membantah.
Kesepuluh.. Jangan mendedahkan rahsia perhubungan suami isteri."


My DNA...

Penah korang tengok DNA korang???

Haa... tak penah???

Teringin nak tengok tak...???

Kalau teringin actually korang boleh je buat kt makmal....

Very easy as small la matter la pieces jer... hehe

Baru-baru ini Elleeya da buat pn DNA extraction to see my own DNA...

Teruja betol Elleya and my fwens nak tgok DNA masing2...

Tapi... ciannn... ada jgk some of us yg xdpt nak tgok DNA diorang...huhuuhhu

Haa.. pic kat bwah nie laa DNA Elleeya... ^_^




*pic sedikit kabur..huhu... yg warna putih kat tengah2 test tube tue la MY DNA... :-)

kalau korang teringin nak buat DNA extraction secara online pon buley... 

cer korang terjah website kat bawah nih...


Have fun.... Cheers....

Sunday, 9 October 2011

Lebih Baik Aku Mati....

Tajuk kat atas tue tak abes ag sbnarnya... 
tajuk panjangnya ialah LEBIH BAIK AKU MATI DARIPADA MELAKUKAN PERKARA HARAM....
ceritanya berbunyi gini..

****
Suatu hari, 3 lelaki lari menyembunyikan diri di dalam gua. Tiba-tiba di pintu gua berlaku runtuhan, lalu tertutup. Ketiga-tiga lelaki itupun terperangkap. Puas berusaha untuk keluar,akhirnya bertawasul kpd Allah SWT spya menyelamatkan mereka. Masing-masing menceritakan amalan soleh mereka. 

Salah seorang pemuda menceritakan suatu peristiwa yg menginsafkannya bahkan kemudian sentiasa beramal soleh. Pengakuaannya adalah seperti berikut :

"Ya Allah, sebenarnya aku nie pernah jatuh cinta kpd sepupuku sendiri. Tetapi cintaku ditolak. Suatu hari dia mengalami kesusahan lalu menemuiku. Aku menetapkan syarat agar dia menyerah kehormatannya untuk menerima bantuan 20 dinar. Gadis ini mulanya sangat bertakwa, namun kerana kesusahan melampau dia telah bersetuju."

Belum sempat untuk memulakan untuk memenuhi nafsuku, gadis ini  menyeru kepadaku. Katanya bertakwalah kpd Allah SWT dan jgn merosakkan kehormatanku melainkan dgn kebenaran (menikah).

"Mendengar jawapannya aku tidak sanggup untuk menidurinya. Aku tersedar, insaf dan taubat ketika itu juga. Sejak itu aku sentiasa taatkan Allah dan Rasul-Nya."

Pengakuan pemuda-pemuda ini kemudiannya telah membuatkan Allah SWT membukakan pintu gua yg tertutup td. 

Subhanallah...

****
Moral of da story... Jgn mengeluh andai suatu hari kau ditimpa kesusahan kerana yg pastinya kemudian kau akan merasai kemanisan dalam hidup...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Klik Bom Tue


Geng Budak Baek

Basa-Basi Komentar


SHout