Where Are You Know ??



Kawan-Kawan Saya

Sunday 20 November 2011

Khas Buat Sahabat (Part 1)

Sahabatku...
Segeralah tunaikan solat di awal waktu,
Di kala mendengar azan,
Usahakanlah semampu yang terdaya,
Ini membuktikan kesungguhan anda,
Di situ ada sumber kejayaan,
Di situ ada sumber pertolongan,
Di situ ada sumber taufiq,
Perhatikanlah banyak perintah ayat Al-Quran,
Dimulakan dengan menyebut solat di awalnya,
Juga di medan perang,
Walaupun di saat genting dan cemas.

Sahabatku...
Bacalah Al-Quran dan perhatikan mesejnya,
Selalulah berzikir dan carilah ilmu walaupun sedikit,
Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan,
Sesungguhnya Al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu,
Sumber hidayah kepada anda dan saya,
Bacalah Al-Quran, kelak ia memberi syafaat,
Sentiasalah membaca, menghafal dan...
Cuba hayati mesej arahannya,
Selalu berzikir...berzikir...dan terus berzikir!!!
Di sini ada ketenteraman,
Di sini ada kedamaian,
Di sini ada kesalaman,
Jadilah hamba yang sejahtera.

Sahabatku...
Dorongkanlah diri untuk menguasai bahasa Al-Quran,
Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan,
Sebenarnya anda telah lama bermula,
Iaitu sejak anda solat setiap hari,
Sebutlah dulu walaupun tidak faham,
Antara malapetaka pertama menimpa umat kita,
Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya,
Juga mengutamakan bahasa pasar,
Ayuh!!! Apa tunggu lagi!!!
Bukalah ruang walaupun seminit.



2 comments:

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

Assalamualaikum..salam zaiarah..teruskan perjuangan..may Allah bless us:)

el leeya said...

Waalaikumussalam.. syukran.. insyaAllah... semoga Allah sentiasa merahmati ukhti juga =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Klik Bom Tue


Geng Budak Baek

Basa-Basi Komentar


SHout