Where Are You Know ??



Kawan-Kawan Saya

Tuesday 18 October 2011

Santapan Jiwa dan Rohani

Siapakah orang yang sibuk???


Orang yang sibuk ialah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya???


Orang yang mempunyai senyuman yang manis ialah orang yang apabila ditimpa musibah  lalu dia berkata "Innalillahiwainna ilaihi rajiun". Lalu dia berkata lagi, "Ya Allah, aku redha dengan ketentuanMu" sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya??


Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang dia ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara.

Siapakah orang yang miskin???


Orang yang miskin ialah orang yang tidak pernah puas dengan nikmat yang dia miliki.

Siapakah orang yang paling cantik???



Orang yang paling cantik ialah orang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai akal???


Orang yang mempunyai akal ialah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah orang yang kedekut???


Orang yang kedekut ialah orang yang membiarkan maklumat ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula kepada orang lain.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Klik Bom Tue


Geng Budak Baek

Basa-Basi Komentar


SHout