Where Are You Know ??



Kawan-Kawan Saya

Sunday 25 September 2011

Ditindih Hantu????


Sleep paralysis atau 'lumpuh waktu tidur' yang sementara, sleep paralysis ni selalu berlaku ketika hendak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tidur (hypnopompic paralysis)

Secara normal apabila manusia tidur, kita akan masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement ) ketika waktu nyenyak, bijik mata kita akan bergerak-gerak, di mana otak akan memberitahu supaya kita berehat secukupnya, 

Sistem otak kita mempunyai switch off button dipanggil Reticular Activating system ( RAS ), Ketika ini yang masih Automatic function adalah degupan jantung, pernafasan, pergerakan tubuh badan ketika tidur sahaja yang masih dalam keadaan switch on, apabila kita bangun, RAS tadi akan switched on balik, kita sedar fully awake state, tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak untuk switch on balik sistem badan kita, maka ketika itulah berlakunya apa yg di sebut sleep paralysis atau lumpuh seketika ketika tidur sebelum otak activate semula, mmg menakutkan tapi benar., sleep paralysis tidak semesti berlaku sepenuhnya, ada yang separa sedar, ada yang masih boleh menggerakkan ibu jari kaki ataupun tangan, ada juga yang boleh buka mata dan melihat sekeliling tetapi badan masih kaku.

Selalunya, sleep paralysis ini berhubung kait dengan hallucinations (halusinasi) samada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak benda yang aneh-aneh ) atau tactile (deria sentuhan, terasa seperti di tindih, hempap dan berasakan sesak nafas hingga ketika kita menjerit tiada siapa yang mendengar.



FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SITUASI KENA TINDIH SEMASA TIDUR:

1. Tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation,tak cukup tidur
4. stress yang byk seperti masalah keluarga, kewangan. kehilangan dan sebagainya.
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2, seperti biasa duduk dirumah tetapi melakukan aktiviti seperti mountain climbing, bungge jumping atau aktiviti lasak yg lain yg tidak pernah di lakukan sebelum ini.
6. orang yg mengalami penyakit narcolepsy atau
( gangguan tidur yang menyebabkan mengantuk yang berlebihan dan sering tidur di siang hari.)
7. tidur yang lewat hingga ke waktu antara 3 pagi ke atas.

Itu dari sudut sains dan kajian manusia cuma ada banyak Persoalannya juga, Antaranya :

A) Mengapa setiap kali kena tindih mesti muncul bayangan atau lembaga yang mengerikan, mengapa tidak wajah orang yang kita cinta seperti teman wanita ataupun ibu-bapa kita?
B) Mengapa mesti terdengar suara-suara yang menakutkan, mengapa tidak terdengar alunan muzik ataupun suara kicauan burung ataupun alam semulajadi seperti air terjun dan sebagainya?
C) Oleh yang demikian masih banyak misteri di atas muka bumi ini yang tidak dapat di selesaikan dengan kajian semata-mata.
D) Apakah ini cuma kebetulan atau pun memang ada gangguan dari Jin?




Sebagai org islam kita ada cara untuk mengatasinya, ambillah wuduk sebelum tidur dan baca Ayat-ayat suci Al-quran,insyaallah kita akan tidur dalam keadaan tenang dan bermimpi yang indah-indah

Setelah anda membaca beberapa ulasan mengenainya, anda fikirkan yang mana satukah yang benar ?
Terserah pada anda . . . . .

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Klik Bom Tue


Geng Budak Baek

Basa-Basi Komentar


SHout